Peperiksaan PTD dijadualkan berlangsung pada
12.05.2012 mengikut takwim yang dikeluarkan oleh pihak SPA. Sekalung
tahniah dari SPA8Online buat calon-calon yang terpilih untuk menduduki
seisi
Peperiksaan PTD .
Untuk entri kali ini, salah seorang rakan kami telah menyediakan
rujukan tips berdasarkan pengalaman beliau menjalani seisi peperiksaan
untuk jawatan
Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 kira-kira 2 tahun yang lalu buat calon-calon yang bakal menjalani seisi peperiksaan PTD kelak.
Berikut adalah 8 tips persediaan menghadapi seisi
Peperiksaan PTD :
Miliki dan beli buku Malaysia Kita. Tahukah anda buku bertajuk
Malaysia Kita menjadi medium sumber soalan hampir 60% dari soalan
peperiksaan PTD dalam seksyen pengetahuan am dan alam sekitar. Buku
setebal 600 muka-surat lebih ini mampu membantu persediaan anda dalam
menghadapi exam PTD.
Pastikan tidur yang cukup sehari menjelang hari peperiksaan. Elakkan
berjaga hingga larut malam atau awal pagi semata-mata mengejar
persediaan saat akhir. Anda perlu berada dalam keadaan segar untuk
menduduki seisi exam ptd ini.
Jika anda memohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41
semasa mengisi borang SPA8i secara online, pastikan anda sentiasa peka
kepada persekitaran dan isu semasa dalam dan luar negara dengan
memperbanyakkan pembacaan surat khabar atau majalah ilmiah dan menonton
siaran berita. Mulakannya sekarang dan hari ni. Usah bertangguh lagi.
Untuk memegang jawatan sebagai PTD anda perlu berfikir untuk berkhidmat
untuk negara.
Sediakan pakaian dan kelengkapan untuk exam sehari sebelumnya.
Pastikan anda memakai pakaian yang kemas. Rata-rata gadis lebih ayu
memakai baju kurung, manakala calon lelaki lebih segak dengan kemeja dan
slack. Tonjolkan imej atau personality sebagai penjawat awam atau kerja
kerajaan. Alat tulis mestilah lengkap. Pastikan anda membawa lebih dari
sebatang pen dan pensil.
Semasa menduduki peperiksaan PTD, masa amat berharga sepanjang
berlangsungnya seisi tersebut. Pastikan anda sentiasa bersedia dalam bab
pengurusan masa ketika seisi peperiksaan berlangsung. Pastikan anda
mengisi maklumat peperiksaan secepat mungkin dan bersedia untuk menjawab
soalan peperiksaan pada bila-bila masa. Pastikan juga anda menanda
jawapan terus ke borang jawapan OMR. Jangan bazirkan masa menanda
jawapan di kertas soalan.
Mohon doa dan restu dari ibu-bapa anda. Doa dan restu dari mereka
amat penting untuk anda sebagai anak yang bakal melalui seisi
peperiksaan yang bakal memberi ‘nafas’ baru dalam kerjaya untuk masa
hadapan seandainya berjaya ke peringkat seterusnya dan berjaya menempuh
seisi temuduga dengan cemerlang untuk dipilih bergelar Pegawai Tadbir
dan Diplomatik M41. Insya-allah.
Jangan sesekali meninggalkan ruang kosong tidak berjawap..Ya,
“tembak” janji anda menjawab. Untuk Kertas Sahsiah Rupa Diri, 200 soalan
dalam masa 40 minit. Kertas peperiksaan ini menunjukkan siapa diri
anda.
Contoh soalan ‘Adakah anda pernah terfikir untuk memaki orang ketika marah?”
Ya atau Tidak.
Jadilah diri sendiri untuk Kertas Sahsiah Rupa Diri. Manakala untuk
Seksyen matematik, praktis dari sekarang mencongak sebarang kiraan dalam
titik perpuluhan.
Selesai
Peperiksaan PTD, anda berdoa dan tawakal. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Jika anda berjaya dalam peperiksaan PTD, anda akan ke PTD Assessment
Centre (PAC) selama 3 hari, Sekiranya berjaya mencerminkan diri sebagai
bakal PTD, anda akan melalui seisi terakhir, iaitu seisi temuduga. Dan
jika berjaya dalam seisi ini, anda akan mengambil Diploma Pengurusan
Awam di Intan selama 6 bulan dan selepas itu baru diserapkan ke
jabatan-jabatan berkenaan.
Kepada yang akan menduduki
Peperiksaan PTD pada 12.05.2012, SPA8Online mengucapkan Selamat berjaya mengejar impian bergelar
Pegawai Tadbir dan Diplomatik .
No comments:
Post a Comment